PERATURAN PERTANDINGAN KOPKK 2018

PERATURAN PERTANDINGAN PENDIDIKAN KHAS 2018

Bahagian Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia

1.0       UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan-Peraturan Am Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas Kebangsaan, Peraturan-peraturan International Paralympic Committee (IPC) dan International Blind Sports Federation (IBSA) dan Peraturan Am Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.


2.0       KATEGORI DAN HAD UMUR PESERTA

2.1       Kategori yang akan dipertandingkan adalah bagi murid lelaki dan perempuan. Tiga kategori peserta adalah seperti berikut:

2.1.1
Kurang Upaya Pendengaran
menggunakan singkatan ‘BD’.
2.1.2
Kurang Upaya Penglihatan
menggunakan singkatan ‘BL’.
2.1.3
Masalah Pembelajaran
menggunakan singkatan ‘BP’.

2.2       Kelayakan Peserta :

2.2.1    Kelayakan peserta Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan hanya untuk Warganegara Malaysia SAHAJA, Murid BUKAN Warganegara Malaysia digalakkan penyertaan diperingkat sekolah dan daerah.

2.3        Had umur peserta-peserta:

2.3.1    Junior (14 tahun dan ke bawah)
2.3.2   Senior (19 tahun dan ke bawah)

2.4       Kiraan umur adalah dikira berdasarkan tahun kelahiran dalam tahun pertandingan itu diadakan.

Contoh :

a.            Lahir pada tahun 2004 hingga 2008 layak menyertai kategori JUNIOR pada pertandingan yang diadakan pada tahun 2018.

b.            Lahir pada tahun 1999 hingga 2003 layak menyertai kategori SENIOR pada pertandingan yang diadakan pada tahun 2018.




2.5       Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu ketetapan khas dilakukan. (Seperti acara terbuka yang diwartakan semua peserta dari semua peringkat umur boleh menyertai tanpa menjejaskan penyertaannya diambil kira dalam jumlah penyertaan individunya.

2.6       Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

2.7       Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad OKU asal untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola pertandingan sebelum pertandingan dijalankan. Kegagalan menunjukkan dokumen tersebut menyebabkan peserta tersebut dihalang dari menyertai pertandingan atau dibatalkan penyertaannya.     

3.0       JENIS-JENIS PERTANDINGAN DAN TIMBANGAN ALATAN PERTANDINGAN
Acara-acara pertandingan:

3.1       Senior: 19 Tahun dan ke bawah (lahir tahun 1999 dan selepasnya)








Masalah


Kurang Upaya


Kurang Upaya Penglihatan







Pembelajaran


Bil


Acara




Pendengaran


BL 1
BL2 /3





( BP )









( BD )





































L
P

L
P

L
P
L
P
1

100


x
x

x
X

x
x
x
x
2

200


x
x

x
X

x
x
x
x
3

400


x
x

x
X





4

800


x
x

x
X





5


1500m

x
x

x
X





6


L/ Jauh

x
x

x
X

x
x
x
x
7


L /Tinggi

x
x

x
X



x
x
8

L / Peluru

x
x

x
X

x
x
x
x







5 kg
4 kg

5 kg
4 kg

5 kg
4 kg
5 kg
4 kg













9


L /

x
x

x
X









Cakera

1.5 kg
1 kg

1.5 kg
1 kg


















10


M

x
x

x
X








/Lembing

700g
600g

700g
600g


















11


4x100m

x
x

x
X





12


4x400m

x
x

x
X






Jumlah Acara
12
12

12
12

4
4
5
5

JUMLAH







66




BESAR




























3.2       JUNIOR : 14 Tahun ke bawah (lahir tahun 2004 dan selepasnya)








Masalah


Kurang


Kurang Upaya Penglihatan










Upaya










Pembelajaran




BL 1


BL 2/3


Bil


Acara




Pendengaran










( BP )
































( BD )




































L
P

L
P

L
P

L
P
1


100 M

x
x

x
x

x
x

x
x
2


200 M

x
x

x
x








3


L Jauh

x
x

x
x

x
x

x
x
4


L Peluru

x
x

x
x

x
x

x
x







4 kg
3 kg

4 kg
3 kg

4 kg
3 kg

4 kg
3 kg
5


4 x100

x
x

x
x












M

















Jumlah
5
5

5
5


3
3

3
3


Acara

















JUMLAH







32








BESAR





































4.0       HADIAH-HADIAH

4.1
Acara Individu
:
4.2
Acara Berpasukan
:
4.3
Acara rekod baharu :







Tempat pertama hingga ketiga.

Tempat pertama hingga ketiga dengan enam orang peserta.

Sijil & Hadiah iringan.




4.4
Johan kategori:


SENIOR dan JUNIOR mengikut kategori - BD, BL1, BL2/3 dan BP.
4.6
Olahragawan/Olahragawati
4.7
Johan Keseluruhan

4.8
Sijil
: Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian.





5.0       CARA PERTANDINGAN

5.1       Setiap kontinjen adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada DUA orang (2) peserta bagi setiap acara individu dan SATU (1) pasukan bagi acara lari berganti-ganti.

5.2      Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut :

Kategori
Individu
Acara lari berganti-ganti
Junior
3
1
Senior
3
2

5.3       Bagi acara yang kurang daripada EMPAT (4) penyertaan, acara tersebut akan diteruskan dan pingat kemenangan akan diambil kira dalam pengiraan johan keseluruhan / kategori menggunakan :

i.      “minus – one rule” untuk DUA (2) atau TIGA (3) penyertaan (bermaksud 3 penyertaan,hanya tempat pertama dan kedua sahaja diambil kira pingat dan 2 penyertaan hanya johan sahaja yang diambil kira)

ii.     “ Syarat mengatasi rekod ” untuk penyertaan TUNGGAL.

5.4       Setiap peserta BL (BL1/BL2 / RABUN ) dibenarkan seorang ‘guide runner’ dengan menggunakan tali (mengikut standard paralimpik IPC) dan hanya dibenarkan berlari seiring dengan atlet. Guide Runner tidak boleh ke hadapan mendahului atlet yang dibawa sewaktu di garisan penamat. Jika guide runner didapati mendahului atlet, kemenangan atlet tersebut boleh DIBATALKAN.

5.5       Bagi acara 200 meter BL B1 (SENIOR), setiap atlet akan diberi 2 lorong. Permulaan akan ditanda pada lorong 2, 4, 6 dan 8. Sebagai contoh lorong 1 dan 2 akan ditanda pada lorong 2 sebagai permulaan dengan menggunakan tape yang mencantumkan lorong 1 dan 2.

5.6    Peserta BL B1 MESTI memakai kain penutup mata berwarna HITAM yang dibawa sendiri oleh peserta dan pada bila-bila masa boleh ditentukan kesahannya .

5.7       Acara lari berganti-ganti:

5.7.1    Bagi acara 4 x 100 M, peserta MESTI berlari dalam lorong masing-masing dan pertukaran baton MESTI dibuat dalam zon pertukaran baton. Sebelum baton bertukar tangan dalam zon pertukaran baton, peserta boleh berada di lorong sendiri untuk menunggu mengikut teknik sendiri. Selepas memberi baton peserta-peserta hendaklah berada dalam lorong masing-masing sehingga pertukaran baton ditempatnya selesai supaya tidak mengganggu peserta lain yang sedang berlari.

5.7.2    Pelari ke 2,3 dan 4, boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10 meter keluar dari zon sambut iaitu sehingga garisan berwarna biru. Jika peserta berada di luar garisan biru, team peserta tersebut dikira BATAL.





5.8       Permulaan larian bagi acara pecut perlu dibuat iaitu 100M, 200M dan 400M dengan mulaan dekam (crouch start) dengan menggunakan starting block adalah diwajibkan, kecuali peserta BL B1.

5.9       Paku ‘spike’ yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6 mm untuk acara balapan dan 9 mm bagi acara padang.

5.10     Tindakan pelepas antaranya:

5.10.1 Pelepas bagi peserta kategori BD, hendaklah menggunakan pistol
dan bendera serta dilaksanakan oleh orang yang sama secara serentak.

5.10.2 Pelepas hendaklah berada di hadapan pada jarak yang boleh dilihat

oleh semua peserta. Bagi acara 100M BD, Pelepas hendaklah pastikan kedudukannya dapat dilihat khususnya atlet yang berada di lorong 8 (peserta tidak menoleh ke kiri dengan ketara sewaktu mulaan dekam).

5.11     Kedudukan bendera untuk melepaskan peserta BD mengikut ketetapan berikut:

5.11.1 Ke garisan
-
Bukaan tangan dari kedudukan 900 diturunkan ke 300.
5.11.2 Sedia
-
Dari kedudukan tangan 300, dinaikkan ke 1600.
5.11.3 Mula
-
Dari kedudukan 1600 tangan diturunkan rapat ke tepi


peha.

5.12    Saiz bendera pelepas ialah 297 mm x 420 mm (mengikut standard KOAM) dan berwarna jingga.

5.13     Apabila berlaku “fault start“ untuk peserta BD, pengadil lorong hendaklah dalam kadar segera masuk ke dalam lorong untuk menahan perserta dari meneruskan larian.

5.14     Dalam setiap kategori saringan, tidak dibenarkan negeri yang sama berada di dalam saringan berkenaan.

5.15     Acara  Lompat Jauh Kategori  Kurang Upaya penglihatan BL B1.

5.15.1 Jika papan lonjak (take off) berada dalam kedudukan kurang atau bersamaan 1 meter dari mula kawasan pendaratan, tepung hendaklah ditabur dalam lingkungan 1 meter persegi, bermula dari belakang papan lonjak.
5.15.2 Dalam situasi 5.15.1, lompatan peserta dikira batal, jika melompat di luar hadapan papan lonjak (menyentuh plastisin).

5.15.3 Dalam situasi 5.15.1, jika peserta melompat sebelum kawasan lompatan (tepung), jarak yang diukur bermula pada permulaan garisan kawasan lompatan (take-off area).

5.15.4 Dalam situasi 5.15.1, jika peserta melompat di kawasan take-off area, pengadil hendaklah mengukur jarak lompatan bermula dari hujung bekas tapak yang berhampiran dengan kawasan pendaratan.





5.15.5 Jika papan lonjak berada lebih dari 1 meter dari mula kawasan pendaratan, tepung hendaklah ditabur dalam lingkungan 1 meter persegi bermula dari hadapan papan lonjak.

5.15.6 Dalam situasi 5.15.5, jika peserta melompat di belakang papan lonjak, pengadil hendaklah mengukur jarak lompatan atlet bermula dari hujung depan papan lonjak.

5.15.7 Dalam situasi 5.15.5, jika peserta melompat di hadapan kawasan lompatan (take-off area), lompatan peserta tersebut dikira batal.

5.15.8 Setiap peserta boleh menggunakan 1 guide sahaja, sama ada di hadapan (kawasan pendaratan) atau di kawasan mula lompatan. ATAU guide boleh melaraskan kedudukan peserta di kawasan mula lompatan dan bergerak ke kawasan lompatan dan mengarahkan peserta memulakan lompatan.

5.16       Acara  Lompat  Tinggi  Kurang  Upaya  Pendengaran  dan  Masalah  Pembelajaran.
Ukuran tinggi permulaan palang bagi acara lompat tinggi:

5.16.1     Kategori senior lelaki BD dan BP: 1.40 meter

Ketinggian palang : 1.40, 1.44, 1.48, 1.52, 1.55. 1.58, 1.61. 1.64, 1.66 1.68, 1.70 dan seterusnya dengan kenaikan 2cm.

5.16.1     Kategori senior  perempuan BD dan BP: 1.00 meter

Ketinggian palang : 1.00, 1.04, 1.08, 1.12, 1.15, 1.18, 1.21. 1.24, 1.26. 1.28, 1.30,1.32, 1.34 dan seterusnya dengan kenaikan 2cm.

5.17       Bagi acara lompat tinggi, peserta tidak dibenarkan menggunakan pita pelekat atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat take off. Peserta boleh menggunakan pita pelekat hanya di kawasan permulaan lompatan sahaja.


6.0       PENDAFTARAN PESERTA

6.1       Pendaftaran peserta hendaklah dibuat DUA ( 2 ) minggu sebelum kejohanan berlangsung (pada atau sebelum 20 April 2018) dengan menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

6.2       Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara kumpulan perlu didaftarkan juga.


7.0       PENGESAHAN PESERTA

7.1       PENGUNDIAN

7.1.1    Pengundian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola 3 hari sebelum hari kejohanan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

7.1.2    Sebarang penggantian tidak akan dilayan selepas pengundian.





7.2       TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

Semasa taklimat untuk pengurus-pengurus pasukan, hanya penarikan diri peserta dibenarkan sahaja tanpa penganti.

7.3       PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN

7.3.1    Jika didapati seseorang peserta telah disahkan penyertaannya semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera dari Pegawai Perubatan Kejohanan, peserta berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

7.3.2    Jika peserta menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal TANPA surat pengesahan sakit/cedera dari Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

7.3.3    Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh menggambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

7.4       PENGGANTIAN DALAM ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Penggantian bagi acara lari berganti-ganti, dihadkan kepada dua orang peserta yang didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi.


8.0       MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1    Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 30 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta / Marsyal.

8.2       Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan melainkan telah didaftar terlebih dahulu atas acara tersebut dan acara berlangsung pada masa yang terlalu hampir.

8.3     Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin setiap 4 penjuru di baju lari masing-masing dihadapan dan dibelakang kecuali bagi acara lompat tinggi di mana peserta hanya pemakaian nombor dibahagian hadapan.





8.4     Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, setiap peserta mesti menunjukkan “TAG PENGENALAN RASMI DAN KAD OKU ” kepada Pegawai Pengesahan Peserta yang diwakili atau sesiapa yang dilantik oleh Bahagian Pendidikan Khas. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara tersebut.

8.5   Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap telah menarik diri.


9.0       PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1      Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta atau guru pengiring yang memakai ‘TAG PENGENALAN TERTENTU’ (jika diminta oleh pegawai teknikal sahaja) 4 tag tersebut akan disediakan untuk setiap kontinjen sebagai pas. Guru pengiring yang memakai tag pengenalan dibenarkan masuk ke arena pertandingan bagi acara kurang upaya penglihatan atau jika diperlukan oleh pegawai teknikal untuk membantu. Pegawai teknikal boleh mengarahkan jurulatih atau guru pengiring keluar dari arena pertandingan pada bila-bila masa jika perlu.

9.2    Bagi acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat rehat peserta dengan serta-merta selepas itu.


10.0     MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.


11.0     PENENTUAN KE ACARA PERINGKAT AKHIR

11.1     BAGI ACARA KURANG UPAYA PENGLIHATAN (BL)
11.1.1 Peserta  berdasarkan masa terbaik (tiada saringan)

11.1.2 Peserta yang mencatatkan masa terbaik akan dikira pemenang.
11.1.3 Giliran berlepas adalah berdasarkan undian.

11.2     BAGI ACARA KURANG UPAYA PENDENGARAN (BD) DAN MASALAH
PEMBELAJARAN (BP)

11.2.1 EMPAT SEPARUH AKHIR

Empat pemenang separuh akhir dan empat orang peserta yang mencatat masa terbaik akan ke peringkat akhir.



11.2.2 TIGA SEPARUH AKHIR

Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua orang peserta yang mencatat masa terbaik layak ke pertandingan peringkat akhir.

11.2.3 DUA SEPARUH AKHIR

Tiga peserta pemenang setiap separuh akhir dan dua peserta yang mencatat masa yang terbaik layak ke pertandingan peringkat akhir.

11.2.4 Jika terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan di atas maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri Rayuan.

11.3     Semua pengundian lorong untuk acara peringkat akhir semasa kejohanan dijalankan, akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan Dan Perangkaan berdasarkan keputusan semasa saringan dengan pengawasan atau penyeliaan Juri Rayuan.


12.0     PENENTUAN PESERTA TERBAIK

12.1    KATEGORI PESERTA TERBAIK

12.1.1 Peserta terbaik JUNIOR lelaki dan perempuan mengikut kategori BL1, BL2/3, BD dan BP.

12.1.2 Peserta terbaik SENIOR lelaki dan perempuan mengikut kategori BL1, BL2/3, BD dan BP.

12.1.3 Peserta terbaik Kejohanan (Olahragawan / Olahragawati).

12.2     PESERTA TERBAIK

12.2.1 Hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baharu di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan.

12.2.2 Sekiranya tiada rekod baharu dibuat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.

12.2.3 Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan pingat perak dan seterusnya gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

12.2.4 Sekirannya pungutan pingat masih sama, maka keutamaan akan diberi bagi acara balapan.

12.2.5 Sekiranya kedudukan masih sama, maka peserta berkenaan akan diisytiharkan sebagai peserta terbaik bersama.





13.0     JOHAN KATEGORI

Johan bagi setiap kategori akan ditentukan dengan jumlah pungutan pingat dalam kategori berkenaan. Piala akan diberikan untuk johan kategori SENIOR dan JUNIOR:

i.              Kurang Upaya Penglihatan
ii.             Kurang Upaya Pendengaran
iii.            Masalah Pembelajaran


14.0     JOHAN KESELURUHAN

14.1     Johan keseluruhan akan ditentukan dengan jumlah pungutan pingat emas.

14.2     Jika berlaku seri, kiraan tersebut diambil kira berdasarkan pingat perak dan gangsa.

14.3     Sekiranya sama juga, maka johan bersama akan diisytiharkan.


15.0 HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN DIRI PESERTA

15.1     Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan nombor pengenalan diri peserta mengikut negeri.

15.2.    Warna kain dan nombor:

15.2.1 Peringkat JUNIOR  - Nombor warna hitam atas kain putih
15.2.2 Peringkat SENIOR - Nombor warna merah atas kain putih

15.3     Setiap negeri ditetapkan 100 siri nombor yang sama untuk kategori Junior dan Senior.

15.4     Senarai negeri dan nombor :

Bil
Negeri
Kod
Nombor
1.
PERAK
A
001 - 099
2.
SELANGOR
B
100  - 199
3.
PAHANG
C
200 - 299
4.
KELANTAN
D
300 - 399
5.
SABAH
E
400 - 499
6.
JOHOR
J
500 - 599
7.
KEDAH
K
600 - 699
8.
LABUAN
L
700 - 799
9.
MELAKA
M
800 - 899
10.
NEGERI SEMBILAN
N
900 - 999
11.
PULAU PINANG
P
1000-1099
12.
PERLIS
R
1100-1199
13.
SARAWAK
S
1200-1299




Bil
Negeri
Kod
Nombor
14.
TERENGGANU
T
1300-1399
15.
KUALA  LUMPUR
W
1400-1499
16.
PUTRAJAYA
Y
1500-1599

15.5     Contoh nombor :
B 100



16.0 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan KOAM kecuali perkara- perkara berikut:

16.1    Jika masalah bantahan berkenaan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan. Perkara tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penganjur kemudian.

16.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan, hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

i.      15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat awal.

ii.     30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

16.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.

16.4 Bilangan Juri: sekurang-kurangnya 4 orang (surat lantikan akan disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur).


17.0     HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

17.1   Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan. Tetapi jawatankuasa pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga Pendidikan Khas Negeri berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

17.2  Pengerusi Teknik Dan Pertandingan TIDAK DIBENARKAN meminda segala Peraturan Am Olahraga Pendidikan Khas, TANPA mendapat kelulusan dari

Jawatankuasa Penganjur.




17.3  Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kecederaan atau kehilangan harta benda walaupun beberapa persediaan dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh jawatankuasa Pengelola, semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat penginapan, ke stadium atau venue pertandingan dan sebaliknya. Ia termasuklah:

i.          Semasa kejohanan dijalankan
ii.         Di dalam dan di luar kawasan stadium
iii.        Di tempat-tempat pertandingan.
__________________________________________________________

No comments:

Post a Comment